Pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael, Zara Zya memuat naik sekeping foto yang menunjukkan kesan parut pembedahan di belakang telinganya.

Zara memuat naik foto tersebut bersama kapsyen panjang lebar di laman Instagram miliknya, @zarazya.

"Assalamualaikum... Ramai yang tanya kesihatan saya sekarang. Tak sangka ramai yang sayang eh... Hehehe terima kasih. Alhamdulillah makin baik. Dah boleh gelak-gelak happy dah. Ada sisa baki bengkak sikit je lagi. Jangan layan sangat lah kan. Saya anggap saya 100 peratus sihat.

"Kena rajin gerak-gerak kan muka je memandangkan saraf muka belum pulih sepenuhnya. Dugaan di mana saya belum mampu dapat reaksi sebenar. Jealous bila tengok orang lain perfect. Tapi hati saya kuat cakap yang ada lagi lebih teruk.

"Saya redha dan yakin akan pulih. Malaslah nak tengok cermin sangat. Ada yang bagi cadangan untuk kunyah chewing gum. Yes saya dah beli dan kunyah. Harap berjaya Insya-Allah... Semoga penyakit ini takkan kembali... Amin," tulis Zara.

Awal Julai lalu, Zara menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan kelenjar di bahagian wajahnya.

Jika ketumbuhan itu dibiarkan, ia akan menjadi lebih besar dan boleh mengakibatkan kanser serta melumpuhkan saraf di bahagian wajah.

Rata-rata peminat Zara meninggalkan komen di entri tersebut mendoakan agar aktres itu segera sembuh dan terus kuat serta tabah dalam menghadapi ujian.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Assalamualaikum... ramai yg tanya kesihatan saya skrg. Tak sangka ramai yg sayang eh... hehehe terima kasih. Alhamdulillah makin baik. Dah boleh gelak2 happy dah. Ada sisa baki bengkak sikit je lagi. Jangan layan sangat lah kan. Saya anggap saya ? sihat. Kena rajin gerak2 kan muka je memandangkan saraf muka blm pulih sepenuhnya. Dugaan di mana saya blm mampu dpt reaksi sebenar. Kealous bila tgk org lain perfect. Tapi hati saya kuat ckp yg ada lagi lebih teruk. Saya redha dan yakin akan pulih ?Malas lah nak tgk cermin sgt. Ada yg bagi cadangan utk kunyah chewing gum. Yes saya dah beli dan kunyah. Harap berjaya inshaaAllah... ? semoga penyakit ini takkan kembali... amin @zarazyaloverz #zarazyaloverz

A post shared by Zara Zya (@zarazya) on