Penyanyi popular Rihanna dikritik pelayar laman sosial kerana memuat naik fotonya yang telah diedit di laman Instagram (IG) miliknya.

Rihanna dikatakan telah menyunting semula gambar tersebut untuk kelihatan kurus sehingga menampakkan lebihan jari di tangannya.

Rata-rata peminat menganggap perkara tersebut lucu kerana Rihanna sanggup 'mencacatkan' dirinya hanya untuk kelihatan kurus!

Mereka juga meminta penyanyi Umbrella itu menerima hakikat yang dia sudah gemuk.

@_._day.dreamer_._: "Ada yang perasan tak apa yang saya lihat. Mungkin Rihanna tidak perlu untuk edit gambarnya supaya kelihatan kurus".

@cadu_lisboa: "Dua ibu jari di satu tangan. Ini amat kelakar".

@alekstojcicx: "Terima sahaja kenyataan bahawa kamu itu sudah berisi (gemuk), tak perlu untuk tampil kurus dengan mengedit semula gambar".

@the.ogliv811: "Saya peminat Rihanna. Tapi perbuatanya ini amat kelakar dan dia harus berusaha semula untuk mendapatkan badan yang cantik semula".


Namun melihat pada bentuk saiz badan Rihanna yang naik mendadak ada juga peminatnya yang menganggap dia sedang hamil.

Gambar tersebut telah mendapat 4.3 juta like dan 87 ribu komen.