Seminggu Dilancarkan, Lirik Video Lagu Senorita Ditonton Hampir Setengah Juta Kali

Hiburan
Seminggu Dilancarkan, Lirik Video Lagu Senorita Ditonton Hampir Setengah Juta Kali
Lirik video runut bunyi rasmi filem Abang Long Fadil 2, Senorita nyanyian Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof dan Shuib sudah ditonton hampir setengah juta kali.

Video itu telah dimuat naik di platform media sosial Youtube pada 1 Ogos lalu.

Rata-rata pendengar memberikan respons positif terhadap lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Syamsul Yusof itu.

"Malaysia sudah maju, siapa putar lagu ini lebih dari dua kali kita geng!" tulis Samir 77.

"Memang gempak giler lagu ini, tak sabar nak tengok filem Abang Long Fadil 2," ulas Jihan Hydro.



Malah, ada juga pengguna yang melihat lagu itu sesuai dijadikan lagu tema filem antarabangsa Fast And Furious 9.



Filem Abang Long Fadil 2 bakal ditayangkan di seluruh negara pada 24 Ogos ini dan diarahkan oleh Syafiq Yusof.

Selain Zizak Razak, filem ini turut dibintangi oleh Datuk AC Mizal, Shuib, Wak Doyok dan Tania Hudson.


Teks oleh: Amri Hassan

Artikel Berkaitan