Bekas pelajar Akademi Fantasia 1 (AF1), Rosma bersyukur jodohnya dengan Khai berpanjangan sehingga kini.

Menerusi sebuah entri yang dikemaskini di Instagram (IG), Rosma atau nama sebenarnya Rosmayati Sidik, 32, memberi bayangan seolah-olah dia tidak menyangka perkenalannya dengan suami di AF1 telah menyatukan mereka dengan ikatan perkahwinan.

Menerusi posting tersebut dia juga turut memuat naik foto romantisnya bersama Khai yang bertentangan mata ketika berada di tepi pantai.

"Sekali tengok macam pengantin la...sekali sekala feeling macam pengantin baru apa salahnyakan??Kami pasangan dari musim Akademi Fantasia 1 ( 2003 ) Alhamdulillah,dipanjangkan jodoh sehingga kini.Dulu dalam akademi bukan tak belajar tau,belajar..??? sayang kat en.shuben kte lillahitaala.thanks for everything sayang.#akademifantasia1 #jodoh #rezekiituluas #rezekiallah #feelthechange #khairosma"


Rosma dan Khai merupakan pelajar AF1 pada tahun 2003 bersama 12 pelajar lain ketika itu yang mengangkat Vince sebagai juara pertama program realiti tersebut.

Pasangan ini kemudian berkahwin pada 26 April 2008
.
Mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohd Amzar Danish, 8, dan Nur Amani Damia, 3 tahun.