Menurut Awal, dia sendiri tidak menjangkakan langsung tentang majlis tersebut kerana terlalu awal berbanding tarikh sebenar iaitu 6 Ogos.
Awal juga turut meluahkan rasa terima kasih kepada isteri kesayangan, Scha Alyahya dan sahabat-sahabat baiknya kerana bersusah payah merancang majlis ulang tahun tersebut.
Dalam pada itu, pasangan selebriti yang popular dengan gelaran Schawal ini juga turut memuat naik beberapa foto menarik sepanjang majls itu berlangsung di akaun Instagram mereka semalam.
Di sini Astro Gempak kongsikan foto-foto kemeriahan tersebut khas buat peminat Awal dan Scha:
Teks oleh: Mya Amri