Penyanyi, Azhar akui tidak mencemburui kejayaan ahli bekas duonya, Hael Husaini yang kini sedang hits dengan lagu Jampi selepas bergerak solo.
Azhar atau nama sebenarnya Mohd Azhar, 29, berkata meskipun sudah berpisah, namun dia tetap menyokong rakannya itu dari jauh.
"Saya tumpang berbangga dengan kejayaannya, tidak perlu untuk mencemburuinya.
"Kami sudah membawa haluan masing-masing sejak berpisah. Meskipun tidak lagi bersama saya tetap menyokongnya dari jauh.
"Lagipun, minat kami berbeza kerana dia suka menyanyi solo, manakala saya suka menyanyi dalam berkumpulan dan harmoni," katanya kepada Astro Gempak.
Pun begitu, Azhar akui bernasib baik kerana selepas bergelar naib juara di Akademi Fantasia 2013 (AF2013) ketika bersama Azhael telah memberinya peluang untuk meneruskan minatnya dalam bidang seni.
"Meskipun sudah berpisah, saya masih lagi menerima undangan nyanyian dan saya bercadang untuk terus fokus menyanyi.
"Selepas ini saya merancang untuk keluar dengan single terbaharu yang memperkenalkan jenama saya sendiri.
"Namun saya tidak nafikan, akademi fantasia adalah platform yang terbaik buat diri saya dan saya perlu menggunakannya dengan sebaik mungkin.
"Selepas akademi fantasia juga saya banyak menerima tawaran berlakon dan saya dapati bakat lakonan saya juga semakin baik.
"Saya bersyukur kerana saya boleh kata karier seni saya berkembang selepas akademi fantasia," katanya lagi.
Mengenai perkembangan lain, Azhar baru sahaja menjalani penggambaran drama bersiri Isteriku Mem Besar untuk TV9.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Thu Aug 03 2017
Farah Lee Nasihat Hati-Hati Beri Sumbangan, Hasrat Daud Kim Bina Masjid Di Korea Meragukan? Ini Enam Sebabnya
Siasat dulu sebelum derma guys.
6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.
Buang Kucing Di Pasar Ibarat Hantar Mereka Ke ‘Neraka’
Seorang pengguna di laman Twitter meluahkan rasa kecewanya terhadap tindakan segelintir pihak yang bertindak membuang haiwan seperti kucing atau anjing di pasar dengan harapan mereka boleh hidup sendiri.
Sheriff: Power! Tayangan Awal Pun Dah Raih Lebih RM1 Juta
Cayalah Sheriff!
Amelia Henderson Jawab Tuduhan Pakai Rantai Dengan Loket Salib!
Teruk dikritik kerana loket rantai yang dipakai dikatakan menyerupai lambang salib, pelakon dan pengacara Amelia Henderson meluahkan rasa kurang senang tentang kritikan warganet terhadap dirinya. Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, dalam satu hantaran di aplikasi X menyatakan aksesori yang dipakai itu sepatutnya tidak menjadi isu perdebata
Gelaran ‘Datin’ Beri Tekanan Kepada Atikah Suhaimie - “Saya Bukan Macam Suami Yang Lakukan…”
Atikah akui masih kekok dengan gelaran 'Datin'.
Wanita Tipu Majikan RM13 Juta Melalui E-mel Palsu, Tertekan Sampai Lumpuh
Seorang pekerja wanita berjaya memperdaya majikannya hanya dengan menggunakan beberapa siri e-mel palsu berkaitan dengan nilai wang mencecah sehingga RM13 juta.
Siti Nurhaliza Bakal Adakan Konsert ‘Love in The Sky’ di Resort World Genting Ogos Ini!
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilaporkan bakal mengadakan konsert Cinta Di Awan pada 10 Ogos 2024 (Sabtu) di Resorts World Genting.
Kerap Disoal Tambah Cahaya Mata Kedua, Ini Komen Ain Edruce!
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce sering mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen dan gelagat keluarganya di media sosial.
Jom Temui Meerqeen, Mimi Lana, Mierul Aiman, Shaheizy Sam, Emma Maembong & Ramai Lagi Di HELLO NU SENTRAL!
Astro bakal membawakan artis-artis kesayangan korang ke NU Sentral Kuala Lumpur pada 27 April ini bermula pukul 3 petang.