Jika dilihat sekali imbas, wajah jejaka ini benar-benar menyerupai bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan.

Gaya pandangan, hidung yang mancung serta jambang yang dimilikinya persis pelakon yang terkenal dengan jolokan King of Bollywood.

Namun begitu, wajah jejaka yang menyerupai Shah Rukh Khan ini terhasil menerusi kesan solekan.

Jejaka yang bernama Alha Alfa ini merupakan seorang jurusolek selebriti terkenal di Malaysia.

Alha menggunakan kepakarannya dalam bidang solekan untuk mengubah wajahnya persis Shah Rukh Khan dan memuat naik hasil 'make over' tersebut di laman Instagram miliknya, @alhaalfa.

Rata-rata pengikut Instagram Alha meninggalkan komen yang menyatakan mereka terpegun dengan hasil 'make over' Alha. Mereka juga turut memuji bakat besar Alha dalam bidang solekan.

​Teks oleh: Kamaruddin Razal

Hahaha ni je mampu ?? naik juling mata ??? belanje la sikit~ korg nak bagi bape bintang? ?????? muka jawa ni nak di bollywoodkan ??#brocuba ???

A post shared by alha alfa (@alhaalfa) on

Hahaha nahhhh ?????? ni namanya sambil basuh brush..kite kotorkan balik.. niat utamaa nk basuh brush je..ttbe beg makeup panggil~ meh kejap!..gara2 tertengok @uqashasenrose2 miming lagi hindustan..so roh @iamsrk pun masuk! ???? maafkan la kalau tak sama..jgn muntah hijau ye..pengantin lelaki yg nak request look ni...jangan mimpi ok! Ahhaha ???

A post shared by alha alfa (@alhaalfa) on