Peminat meluahkan rasa puas hati terhadap keberkesanan lakonan aktres Izara Aishah menerusi filem Kau Yang Satu.

Buktinya, setiap kali Izara memuat naik sedutan filem itu menerusi akaun Instagram (IG)nya, ruangan komen entri tersebut pasti dipenuhi dengan komen positif peminat.

Rata-ratanya gemar melihat lakonan Izara sebagai Salina selain memuji keserasian gandingannya bersama dua aktor popular, Aaron Aziz dan Hisyam Hamid.

Tidak kurang juga ada yang mencadangkan supaya pengarah di Malaysia memberi peluang kepada Izara untuk bergandingan sekali lagi bersama Aaron dan Hisyam menerusi filem lain.

Berikut merupakan antara komen-komen yang diberikan oleh peminat kepada Izara:
Selain Izara, filem ini turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Hisyam Hamid dan Soo Wincci.







Filem adaptasi novel karya Nia Azalea juga turut menampilkan Amyra Rosli Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Rosnah Johari dan ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini telah menemui penonton di pawagam seluruh tanah air sejak 27 Julai lalu.



Teks oleh: Mya Amri