Bintang terkenal Korea, menerusi drama bersiri Winter Sonata pada tahun 2002 iaitu Bae Yong Joon selamat menimang cahaya mata sulung pada 23 Oktober lalu.

Menerusi kenyataan daripada agensi pengurusan milik Bae Yoon Joon iaitu Key East Co memaklumkan, isterinya pelakon juga penyanyi, Park Soo Jin selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Gangnam.

Menurut seorang sumber terdekat pasangan itu Yon Joon berada di sisi isterinya sepanjang proses kelahiran bayi mereka.

"Yong Joon paling gembira dengan berita berkenaan kerana teruja dapat bergelar bapa dan Kedua-dua ibu dan bayi kini berada dalam keadaan baik.

"Dia sentiasa berada di sisi isterinya sepanjang proses kelahiran dan dia adalah lelaki paling gembira ketika ini." kata sumber.

Terdahulu, pasangan selebriti ini berkahwin pada Julai 2015 selepas tiga bulan mejalin hubungan cinta. Pada April lalu, Yong Joon mengumumkan isterinya hamil.

Pelakon berusia 44 tahun itu mula meraih populariti sekaligus digelar sebagai bintang Korea paling digilai menerusi karakter lakonannya dalam drama Winter Sonata.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: Soompi