Susulan kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru yang mengorbankan enam nyawa, Sultan Johor Sultan Ibrahim bertitah membenarkan Wad Diraja digunakan untuk merawat pesakit.

Menurut laporan Utusan Online, baginda bertitah demikian selepas berkenan melawat keadaan HSA pada jam 1.50 petang tadi.

Ketika kejadian, baginda berada di Mersing atas urusan kerja dan bergegas pulang ke Johor Bahru setelah mendapat tahu perkhabaran itu.

Baginda mengambil masa setengah jam melihat keadaan pesakit yang ditempatkan di wad sementara.

Turut menemani baginda Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Olahan: Mohd Ishahrulddin Tahir

Sumber: Utusan Online

Foto: Harian Metro