Dengan sekali lafaz, pelakon Siti Saleha, 27, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Ahmad Lutfi Azhar, 31, sebentar tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Saleha, Mohd Baharum Abdul Rahman kira-kira jam 3:40 petang.

Saleha dan Lutfi telah diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di TPC, Kuala Lumpur.

Pada majlis tersebut, pihak lelaki telah memberi tujuh dulang hantaran berbalas sembilan beserta mas kahwin berjumlah RM 500.

Mempelai bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan esok.

Manakala resepsi sebelah pengantin lelaki pula pada 5 dan 12 Ogos depan.

Teks oleh: Mya Amri