Foto terbaru Taimu Khan, anak sulung kepada pelakon Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan yang dirakam paparazi tular dan menjadi bualan netizen.

Menerusi laporan The Times of India, gambar Taimur mula tular di media sosial kerana kecomelannya.

"Ramai orang memuji kecomelan wajah Taimur yang mempunyai bibir merah dan pipi yang tembam dan kebanyakan mereka mengakui geram melihat anak kepada pasangan pelakon popular itu.

"Taimur seorang yang sangat comel dan mewakili kecantikan ibu serta bapanya. Semoga anak comel ini akan menjadi pemimpin suatu hari nanti.

"Mereka juga berharap agar Taimur dapat mewarisi bakat yang ada pada kedua ibu bapanya dan menjadi seorang bintang terkenal suatu hari nanti," kata sumber.

Gambar tersebut dikatakan dirakam ketika mereka sekeluarga dalam perjalanan untuk pergi bercuti ke Gstaad, Switzerland.

Taimur adalah anak pertama hasil perkahwinan Kareena dan Saif yang mendirikan rumah tangga pada 16 Oktober 2012.

Bagi Saif pula, Taimur merupakan anak ketiganya. Sebelum ini, menerusi perkahwinan dengan pelakon Amrita Singh, Saif dikurniakan dua orang anak, Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan.



Sumber: The Times of India