Ibu kepada anggota kumpulan Super Junior, Sungmin, merayu kepada peminat supaya memaafkan anaknya kerana bersikap sombong.

Menerusi laporan Koreaboo, ibu kepada anggota kumpulan Super Junior itu berkata, anaknya telah belajar banyak perkara daripada kesalahan yang dilakukan itu dan mengakui tidak akan mengulanginya semula.

"Saya lihat selepas kontroversi yang terjadi ini, Sungmin telah banyak belajar beberapa hal penting dalam hidupnya supaya menjadi manusia yang berguna.

"Mungkin kesilapan yang dilakukannya itu telah menyedarkan dia bahawa betapa pentingnya berbuat baik kepada orang ramai dan tidak boleh bersikap sombong.

"Saya percaya mungkin suatu hari nanti peminat akan memaafkannya dan ia juga adalah kesempatan yang bagus bagi Sungmin untuk belajar. Saya fikir dia sudah ikhlas menerima kenyataan yang ada," katanya.

Sebelum ini, Sungmin telah mencetuskan kontroversi kerana dianggap tidak menghargai peminat telah mengecewakan mereka apabila membuat keputusan untuk berkahwin.

Sungmin juga dikatakan tidak mempedulikan peminat selepas berkahwin dan akibat daripada itu mereka telah memboikot kerjaya seni penyanyi tersebut.

Sumber: Koreaboo