Hero filem Twilight, Robert Pattinson mendedahkan pengalaman memalukan yang pernah dilakukannya ketika zaman remaja sehingga dia dibuang sekolah.

Robert , 31, mengaku dia pernah dibuang dari sebuah sekolah di England atas kesalahan mencuri dan menjual majalah lucah.

"Saya tidak pernah mendedahkan tentang perkara ini sebelum ini. Saya mencuri majalah lucah dan menjualnya di sekolah.

"Ketika itu, saya tak tahu apa yang harus dilakukan dengan majalah itu. Jadi saya menjualnya dengan harga yang tinggi," katanya.

Perbuatan mencuri itu dilakukan berulang kali, sehingga pada suatu hari, pemilik kedai menyedari majalah-majalah lucah dikedainya telah dicuri.

Bintang itu bagaimanapun bernasib baik kerana pemilik kedai itu tidak melaporkan kepada polis.

Namun lelaki itu mengadu kepada pihak sekolah dan akibatnya, Robert di hukum buang sekolah.

"Beberapa hari selepas itu, semua berubah. Teman-teman saya terus menjauhi saya," katanya lagi.

Sumber: ET Online