Syafiqah Jalal
Thu Jul 27 2017
Bekas peserta Akademi Fantasia 2 (AF 2), Adam akui gembira apabila mendapat tahu bekas isterinya, Fiza Abdul Halim mendirikan rumahtangga dengan seorang juruterbang, akhir tahun lalu.
Adam berkata, dia berharap suami Fiza, Aizat Al Jefri dapat menjaga dan memberi sepenuh kasih sayang kepada bekas isterinya itu.
"Sebenarnya selepas sahaja kami berpisah saya memang tidak henti-henti mendoakan kebahagiaannya.
"Apabila saya dapat tahu dia sudah berkahwin terus-terang saya rasa amat bersyukur dengan berita ittu kerana akhirnya ada juga orang yang boleh menjaganya.
"Saya berpeluang berkenalan dengan suaminya baru-baru ini selepas kami terserempak di kedai makan yang sama dan Fiza memperkenalkan saya dengannya.
"Saya lihat suaminya seorang yang baik dan saya yakin Aizat dapat menjaganya dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.
Sementara itu, Adam memberitahu hubungannya dengan Fiza baik dan tidak pernah membenci bekas isterinya itu.
"Alhamdulilah hubungan kami sangat baik dan tiada apa-apa masalah.
"Dia merupakan wanita yang pernah menjadi isteri saya dan tak mungkin saya mahu membencinya.
"Saya sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja untuknya," katanya lagi.
Adam dan Fiza berkahwin pada September 2013 dan bercerai sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2014 dan 2015.
Mengenai perkembangan lain, Adam merancang untuk merakamkan single terbaharunya tidak lama lgi.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
Kamal Adli, Uqasha Senrose Bakal Timang Baby Girl!
Kamal & Uqasha bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Penyanyi Lagu Sandiwara Cinta Jual Duku, Grup Repvblik Kurang Job
Kumpulan Repvblik pernah menjadi popular di Malaysia berkat lagu hit mereka, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Okey Dengan Ibu Tiri, Mia Sara Gembira Tengok Afdlin Bahagia - "Tak Ada Apa-Apa Perasaan Buruk..."
Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki akhirnya memperkenalkan isterinya, Datin Marcella secara terbuka kepada media. Sehubungan itu, Gempak sempat menemu bual anak kepada Afdlin Shauki iaitu Mia Sara berkaitan kemeriahan sambutan hari raya tahun ini bersama ibu tiri. Menurut Mia, dia menerima
Shiha Zikir Mohon Jangan Sibuk Tanya Soal Jodoh - "Kadang Kita Tak Tahu Apa Yang Seseorang Tu Tengah Hadap”
Jangan tanya soalan sensitif.
Sheriff: Raih RM6.4 Juta Dalam 3 Hari Tayangan, Netizen Kata - “Antara Filem Terbaik Pernah Ada Di Malaysia!”
Ramai yang nak tengok lagi sekali guys,.
Hantar 8,000 Surat, Pengintip Obses Harry Styles Dipenjara & 10 Tahun Tak Boleh Tonton Konsert
Seorang wanita yang mengintip dan terlalu obses dengan penyanyi Harry Styles telah dijatuhi hukuman penjara kerana sikapnya itu.
Sharifah Sakinah Enggan Fikir Soal Cinta - “Umur Saya Dah Berapa Nak Ada Boyfriend…”
Sakinah sentiasa terbuka mengenali seseorang.
Osman Ali Kecewa Hero Popular Tarik Diri Tiga Hari Sebelum Shooting - "Terpaksa Cari Pengganti"
Pengarah terkenal Osman Ali meluahkan rasa kecewanya apabila seorang pelakon popular yang sepatutnya menjadi hero kepada naskhah terbaharunya menarik diri saat akhir
“Saya Belum Layak Diberikan Gelaran Biduanita Negara” - Ziana Zain
Ziana kata dirinya masih belum layak.
Baby Boy Atau Baby Girl? Jantina Baby Kamal Adli & Uqasha diumum | Oh Baby Kamal & Uqasha
Ni dia yang ditunggu tunggu semua orang, akhirnya the secret’s out! Tahniah to this beautiful couple Kamal Adli & Uqasha Senrose on welcoming their new bundle of joy & Alhamdulillah it’s a ….. Watch till the end for the surprise
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!