Pelakon Shima Anuar mengesahkan kini sedang hamil empat bulan.

Menerusi entri terbaru di laman Instagram (IG), Shima berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto baby bump.

Dalam kapsyen entri berkenaan Shima meminta pengikut IG meneka bayi dalam kandungannya lelaki atau perempuan.

Berikut merupakan kapsyen yang ditulis:

"Alhamdulillah 4 months already. Can't wait for the next check up. Boy or girl..? What do u think? "



Rata-ratanya lebih banyak meneka bayi perempuan berbanding bayi lelaki.

Tidak kurang juga yang mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

Pelakon filem Bini-Biniku Gangster dan suaminya, Mohd Solih Toha, 41, bernikah pada 8 April 2017.