Selepas berehat panjang pada Ramadan dan Syawal lalu, kempen #YouCanDuit kembali tetapi kali ini di Pulau Pinang!

Wah! Peluang keemasan untuk orang-orang di Pulau Pinang dan sekitarnya kerana #YouCanDuit bukan kempen biasa tau...

Bakal berlangsung di Politeknik Balik Pulau pada Sabtu dan Ahad ini, kempen anjuran MDEC ini bakal membawakan mentor selebriti kesayangan anda seperti Datuk Rosyam Noor, Fizo Omar dan Mak Cun yang akan berkongsi cara macam mana untuk anda tambah pendapatan lagi-lagi lepas musim perayaan ni kan?

Apa yang bakal mereka kongsikan? Haa..sebenarnya mereka mahu membuka peluang kepada anda semua tentang cara menambah pendapatan secara digital melalui eRezeki dan eUsahawan.

Juga dapatkan pelbagai khidmat bimbingan daripada rakan kerjasama seperti Maktab Koperasi Malaysia, KWSP, MARA, SME Corp, TEKUN dan banyak lagi.




Terdapat banyak aktiviti menarik juga disediakan untuk anda seisi keluarga. Ada maskot adiwira Boboiboi, Didi & Friends dan Upin Ipin.

Tunggu apa lagi, ambil peluang untuk menambah pengetahuan tentang menjana pendapatan selain bertemu dengan selebriti kesayangan anda di karnivai ini bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Jadi apa tunggu lagi, kempen #YOUCANDUIT terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang ingin mencari pendapatan tambahan! Layari youcanduit.mdec.my untuk malumat lanjut.

Tak percaya? Tengok sendiri kemeriahan kempen #YouCanDuit yang berlangsung pada 20 dan 21 Mei yang lalu, bertempat di perkarangan Stadium Hang Jebat, Melaka ini: