Bersempena tayangan filem adaptasi novel ‘Kau Yang Satu’ yang akan menemui penonton bermula 27 Julai ini, Astro Gempak mengimbas kembali beberapa sedutan menarik novel tersebut.
‘Kau Yang Satu’ karya novelis Nia Azalea ini merupakan novel paling laris dan telah diulang catak sebanyak 20 kali sejak novel itu diterbitkan pada tahun 2003.
Kini, kisah cinta tiga segi antara Taufik, Salina dan Zul menerusi novel tersebut telah ‘dijelmakan’ dalam bentuk filem oleh pengarah, Osman Ali.
Menariknya, pemilihan para pelakon untuk filem ini sangat bertepatan dengan karakter-karakter dalam novel tersebut.
Para pelakon yang dimaksudkan adalah Aaron Aziz (Taufik), Izara Aishah (Salina), Hisyam Hamid (Zul) dan Soo Wincci (Isabella).
Untuk meraikan ulang tahun ke 14 novel tersebut, Astro Gempak kongsikan sedutan novel ‘Kau Yang Satu’.
Momen-momen menarik dalam sedutan yang dikongsi ini merupakan pilihan Nia Azalea sendiri.
Sedutan ketiga ini merupakan kisah Salina yang terpaksa menerima hakikat bahawa perkahwinan mereka tidak bahagia.
Prologue
Pergerakan Salina di rumah besar itu sentiasa canggung dan serba tidak kena. Sebagai isteri, dia cuba untuk menjadi yang terbaik. Cuba untuk menawan hati Taufik yang keras bagai patung cendana. Namun, tidak pernah menjadi. Ada saja perkara yang dilakukannya, yang nampak tidak molek di mata Taufik.
Kadang-kala Salina tertanya-tanya di dalam diri sendiri. Adakah dia terlalu mencuba? Adakah dia sebenarnya perlu lepaskan sahaja Taufik? Biar bebas? Biar lepas? Namun, hingga ke saat ini dia tidak pernah punya jawapan terhadap persoalan-persoalan tersebut.
***********************************************
Langkah Salina terus diatur ke tingkat bawah, menuju ke ruang dapur, untuk menyiapkan sarapan pagi. Perutnya yang berkeroncong minta diisi. Dalam kesibukannya di dapur, dia langsung terlupa yang jam semakin berdetik dan Taufik masih belum bangun lagi. Sedang Salina membancuh air teh, dia terasa bulu tengkuknya meremang. Seolah-olah ada sepasang anak mata yang tajam memerhatikannya. Lantas dipusingkan badannya.
Sah!
Taufik sedang berdiri di muka pintu. Dia dapat mengesan kemarahan Taufik yang bakal meledak. Yang musykilnya, dia tidak tahu apa pula salahnya kali ini.
“Errmm…abang nak makan ke? Kejap ya. Ina siapkan air teh dulu.”
Lantas, dia berpusing balik. Mengacau semula air teh. Bersungguh-sungguh dia cuba menumpukan perhatian tetapi hatinya terlalu berdebar-debar. Gementar seluruh badan.
“Dah pukul berapa sekarang?” Tanya Taufik. Dia kelihatan tenang.
“Hah?”
Salina terpinga-pinga. Dia mengangkat bahu. Tidak tahu.
“Pukul 9.00,” jawab Taufik dengan nada yang masih mengendur. “Kau tahu aku masuk pejabat pukul berapa?”
Salina memandang kecut ke arah suaminya. “Hmm…pukul 9.00.”
“Dah tu? Apasal tak kejut? Takkan itu pun aku nak cakap?” Akhirnya, kemarahan Taufik meletus.
“Ina dah ketuk tadi, tapi abang tak sahut pun.”
“Memanglah dah aku tidur. Tak sedar. Gunalah otak tu sikit,” bebel Taufik. “Masuk sajalah kejutkan aku. Kau tahu kan aku tak kunci pintu bilik. Sekarang tengok?”
“Tapi…-“
Salina hendak berkata sesuatu, tetapi terhalang. Tergambar di dalam kotak ingatannya, Taufik memarahinya kerana memasuki kamar tidurnya. Private stuff, katanya! Tidak boleh main ceroboh masuk!
“Sekarang aku dah lewat. Ada mesyuarat pula tu. Papa mesti mengamuk sakan. Damn it! Ini semua salah kau!”
“Ina tak sangka bang. Ina ingat abang bangun sendiri. Macam selalu.”
“Lagi-lagi Ina ingat. Lagi-lagi Ina sangka. Apa kau ni tukang tilik ke? Main sangka-sangka. Kalau tak pasti, tanya. Ini tak! Memandai-mandai!” Sembur Taufik lagi, sambil terbongkok-bongkok memakai stoking.
“Cubalah buat benda yang tak menyakitkan hati aku,” jerkah Taufik untuk kesekian kali.
“Ina minta maaf bang.”
Mengalir air mata di pipi Salina. Sejak akhir-akhir ini, hatinya cukup tersentuh. Pantang dimarah, ditengking pasti mutiara jernih gugur dari kelopak matanya.
“Maaf! Sikit-sikit maaf. Nak buat tu tak pernah nak fikir dulu,” Taufik masih tidak berpuas hati. Namun suaranya dikendurkan apabila melihat wajah Salina yang sayu. Sedikit-sebanyak hati lelakinya tersentuh.
***********************************************
Jadi jangan lupa untuk menyaksikan filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd yang akan menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.
Ingin dapatkan edisi terhad Kau Yang Satu, layari Karangkraf.com.
Mya Amri
Wed Jul 26 2017
Shuk seronok video call | YES TUAN EP 2
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Pemergian Bapa Beri Impak Besar, Rasa 'Kosong' Antara Faktor Muncul Personaliti Berbeza Iqram Dinzly
Pelakon Iqram Dinzly, mengakui personaliti berbeza yang muncul dalam dirinya adalah sedikit sebanyak disebabkan oleh pemergian bapanya Menurut Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, tidak menafikan tragedi yang menimpa dirinya telah memberi impak besar dalam kehidupannya. . “Bila ayah sakit kena strok tak boleh
Bekas ‘Skandal’ Rossa Sera Nafi Jadi Punca Video Tersebar - “Saya Pun Dah Move On Dengan Dia…”
Muncul pula bekas skandal Rossa Sera...
Harris Alif & Intan Ladyana Timang Cahaya Mata Lelaki - "Harris Junior Dah Selamat Dilahirkan"
Pelakon dan pengacara Harris Alif dan isteri, Intan Ladyana berkongsi perkhabaran gembira tentang kelahiran cahaya mata kedua mereka, pada Jumaat. Menerusi entri di Instagram Stories, Harris memaklumkan Intan telah selamat melahirkan anak lelaki. "Alhamdulillah, baru lepas video call, Harris Junior dah selamat dilahirkan. Are you happy baby (Eev
Aisha Retno Berterima Kasih Leona 'Ketiakkan' Lagu Ketipak Ketipung Raya - "Saya Suka, Tak Melenting Pun"
Penyanyi, Aisha Retno, berterima kasih kepada anak pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona yang telah membuatkan lagu ciptaannya, Ketipak Ketipung Raya, viral di media sosial. Menurut Aisha, gara-gara video Ketipak Ketipung Bawang yang dihasilkan anak kepada pempengaruh itu, lagu berkenaan semakin tular dan memperoleh sehingga 4 juta tontonan di
Walaupun Telah Undur Diri Daripada DOLLA, Syasya Masih Lagi Artis Bawah Universal Music Malaysia
Kontrak bekas anggota DOLLA, Syasya Rizal bersama Universal Music Malaysia masih tidak terbatal.
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries