Pelakon Tiz Zaqyah mengakui kegagalan bercinta membuatkan dirinya menjadi lebih matang dan terbuka.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 29, berkata, dia kini lebih memilih dalam berkongsi hal peribadi kepada kepada umum terutamanya di media sosial.

"Kegagalan cinta dahulu membuatkan saya menjadi lebih matang sekarang ini dan lebih berhati-hati dalam memilih pasangan.

"Dulu memang rasa seronok berkongsi apa sahaja di laman sosial, tapi sekarang saya tidak mahu sangat mendedahkan mengenai hal peribadi kepada orang ramai.

"Bagi saya hidup seperti ini lebih tenang kerana saya tidak pening kepala memikirkan masalah dalam sesebuah hubungan.

"Buat masa sekarang biarlah saya fokus dulu dengan kerjaya kerana saya percaya bahawa jodoh itu akan sampai juga nanti," katanya kepada Astro Gempak.

Tiz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Memori Pajeri Nanas, di GSC Signature @ The Gardens, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi