Pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu mengakui bertugas sebagai penyampai radio di Sinar fm mendisplinkan dirinya dalam menguruskan masa seharian.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Bin Muhamad, 32, berkata, kehidupannya kini lebih teratur dan berdisplin selepas setahun bergelar deejay radio.

"Ramai orang tanyakan kepada saya tidak susah ke hendak bangun awal pagi untuk menjadi penyampai radio.

"Pada awalnya mungkin susah untuk bangun awal pagi, namun bila sudah terbiasa ia mudah bagi saya.

"Masuk radio ini telah mendisplinkan saya secara peribadi tentang bagaimana cara untuk menguruskan masa seharian dengan baik," katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya lagi, dia akan mempunyai banyak masa untuk bersama keluarga.

"Saya akan bangun pagi pada pukul 4.30 pagi dan harus berada di konti sebelum pukul 5.30 pagi setiap hari isnin hingga jumaat.

"Jadi selepas habis keudara di radio saya akan pulang ke rumah dan habiskan masa bersama anak-anak," katanya.

Sementara itu, Shuib berkata, dia akan bangun pada awal pagi meskipun pada hari cuti kerana telah terbiasa dengan rutin hariannya itu.

Selain itu, Shuib menjelaskan meskipun keutamaan sepenuhnya diberikan kepada radio namun dia tidak menolak jika mendapat tawaran untuk berlakon.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi