Jika sebelum ini netizen dikejutkan dengan pendedahan jejaka anime yang sanggup membedah wajah demi kelihatan seperti karakter yang diinginkan, terbaharu solekan anime pula di negeri Kelantan.

Cantik atau menakutkan? Penilaian itu terserah kepada pelanggan yang semakin menggilai teknik solekan itu.

Jurusolek Romaniza Abdul Kadir, 37, juga tidak percaya percubaan awal mengoles wajah anak perempuannya membuka pintu rezeki.

"Ramai rupanya yang minat untuk berwajah anime, bakal pengantin pun ramai minta, saya betul-betul tak sangka," katanya kepada sebuah portal baru-baru ini.



Permintaan terhadap solekan ala animasi Jepun itu diterimanya selepas menukarkan anaknya menjadi ikon anime popular dari Jepun, Sailor Moon yang dipadankan dengan pakaian pengantin muslimah.

Pemilik Roza D'touch itu mengambil masa lebih tiga jam untuk mengubah wajah menjadi anime.


Fokus diberikan pada bahagian mata, kening dan hidung supaya nampak seperti patung hidup.

Tidak disangka-sangka ramai pengantin yang berminat untuk berwajah anime, namun tidak kurang juga yang mengutuk dan menyifatkan solekan itu kelihatan seperti hantu.




Sentuhan anime ini berharga dari RM450 hingga RM500.




Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: FB Roza Roza D'touch