Selepas kes sebuah restoran di Hentian Rehat & Rawat (R&R), Awan Besar, Sri Petaling meletakkan caj sebanyak 30 sen untuk servis ikat tepi air minuman menjadi viral di laman sosial, pengusaha restoran tersebut tampil memberikan penjelasan.

Penjelasan pengusaha restoran tersebut dilakukan dalam bentuk rakaman video berdurasi dua minit dan dikongsikan oleh laman Facebook Metafora Anafora.

Antara kandungan video penjelasan tersebut ialah perbezaan kuantiti diantara air yang diminum dan air yang dibungkus.

Pengusaha restoran itu menegaskan kuantiti air yang dibungkus lebih banyak berbanding air yang diminum.



Sebelum ini, pembeli yang memesan Air Limau Asam Boi berharga RM3.50 terkejut apabila mendapat resit bayaran tambahan 30 sen untuk servis berkenaan menjadikan harga minumannya menjadi RM3.80.

Resit bayaran itu telah dimuat naik di media sosial dan menjadi viral dikalangan netizen.

Teks oleh: Kamaruddin Razal