Putera sulung kepada pelakon Yana Samsudin, Aisy Mateen baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang pertama hari ini.

Sebagai ibu, Yana juga tidak ketinggalan memberikan ucapan dan juga titipan doa buat anak kesayangannya.

Kata Yana, tiada apa yang diharapkan melainkan Aisy membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.

Luahan Yana itu dikongsi olehnya menerusi akaun Instagram (IG)nya beserta video bersama Aisy menerusi entri terbarunya.

Video tersebut merakamkan gelagat comel Aisy ketika Yana menyanyikan lagu selamat hari jadi.

“Alhamdulillah... Anakanda ku @aisymateen sudah menjangkau 1 tahun usianya... Semoga anak syurga yang ajaib ini sentiasa sihat - sihat dan menjadi anak yang soleh bila besar nanti.

“Mommy tak minta banyak jadilah anak yang baik akhlaknya dan taat pada perintah Allah. Amin amin. #AisyMateen1year #HappyBirthdayAisyMateen Cc @fadzilzahari,” tulisnya.

Alhamdulillah... Anakanda ku @aisymateen sudah menjangkau 1 tahun usianya... . . Semoga anak syurga yang ajaib ni sentiasa sihat sihat, dan menjadi anak yang soleh bila besar nanti... . . Mommy tak minta banyak jadilah anak yang baik akhlaknya dan taat pada perintah Allah. Amin amin .. #AisyMateen1year #HappyBirthdayAisyMateen Cc @fadzilzahari

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Sementara itu, bapa Aisy yang juga merupakan adik kepada pelakon Farid Kamil, Fadzil Zahari juga turut memberikan ucapan buat anaknya.

“Happy birthday @AisyMateen, daddy dan mommy sayangkan awak sangat-sangat. Daddy doakan Mateen & keluarga kita sentiasa di lindungi & dalam rahmat Allah... #AisyMateen1year #HappyBirthdayAisyMateen,” tulisnya.

Dalam pada itu, entri tersebut juga telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dan selamat hari jadi daripada rakan artis dan juga peminat.

@nadiaathirah55: Selamat hari lahir Mateen. Semoga Mateen jadi anak soleh, sihat tubuh badan. Anak yang bijak. Amin.

@saifulapek: Selamat Ulang Tahun @aisymateen. Semoga Allah sentiasa memberikan taufik, rahmat, berkah, perlindungan, keselamatan, rezeki & hidayah, serta redha Nya. Amin.

@zarinazainuddin_: Happy birthday Mateen love love love.. @yanasamsudin

@eizzolp_dzinem: Comel. Macam muka pakcik dia Farid Kamil.


Teks oleh: Mya Amri