Pelakon Fikry Ibrahim akui hubungan bersama pasangannya dalam drama Hero Seorang Cinderella (HSC), Uqasha Senrose hanyalah sebagai rakan biasa sahaja.

Fikry berkata kemesraan yang dilihat oleh penonton itu hanya terjalin ketika mereka melakonkan watak Farizzam dan Puteri.

“Mungkin peminat nampak kami ‘sweet’ bila berlakon tapi sebenarnya apabila diluar lokasi penggambaran kami biasa sahaja.

“Kemesraan antara saya dan Uqasha juga hanyalah sebagai seorang kawan sahaja, kalau nak berbicara mengenai hal jodoh itu saya tidak tahu kerana itu semua kuasa tuhan.

“Mungkin orang suka melihat watak kami tapi apa yang boleh saya katakan saya dan Uqasha tidak mempunyai apa-apa hubungan dan hanya kawan biasa.

“Bagi saya bila peminat mengusik kami itu maknanya keserasian lakonan dan gandingan kami berdua berkesan. Alhamdulillah,” katanya kepada Astro Gempak.

Fikry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemesraannya bersama Uqasha Senrose dalam drama HSC sehingga membuatkan peminat mahukan mereka bercinta.

Dalam perkembangan lain, Fikry kini sibuk dengan penggambaran untuk sebuah program travelogue.

Teks oleh: Mya Amri