Pelakon dan pengacara, Sazzy Falak akui teringin untuk menimang cahaya mata lelaki selepas melihat gelagat Lisa Surihani bersama anak lelakinya, Yusof Leonne.

Menurut Sazzy, gelagat Lisa yang melayan karenah anak lelakinya ketika menghadiri majlis ulang tahun ke 10 Harlow dan MGI Sdn Bhd semalam mencuit hatinya.

"Masa mula-mula dulu memang rasa macam dah cukup dengan dua anak kembar saya.

"Tapi bila melihat gelagat Lisa melayan karenah Yusof membuatkan hati saya tiba-tiba terdetik untuk mempunyai anak lelaki.

"Harap-harap saya dapatlah capai hasrat saya sebelum usia mencecah 40 tahun," katanya berseloroh.

Sazzy ditemui ketika majlis ulang tahun ke 10 Harlow dan MGI Sdn Bhd semalam.

Dalam perkembangan terbaru, Sazzy, 36, kini sibuk dengan persiapan untuk Kuala Lumpur Fashion Week (KL Fashion Week) yang bakal berlangsung pada Ogos depan.

Teks oleh: Mya Amri