Pengacara program MeleTop, Neelofa akui terserempak dengan pelakon Fattah Amin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika pergi bercuti ke Koh Sa Mui dua minggu lalu.
Neelofa, 28, ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia terserempak dua kali dengan Fattah iaitu ketika pendaftaran bagasi dan di ruangan menunggu sebelum penerbangan.
"Saya tiba di KLIA jam 6.30 pagi dan ya, saya ada la terserempak dengan Fattah dan rombongannya, tetapi ketika itu saya hanya jalankan rutin seperti biasa.
"Sikit pun saya tidak terfikir tentang 'drama' apa yang akan berlaku seterusnya, cuma saya terkejut apabila isu sekecil ini diperbesarkan dan menjadi viral dalam sekelip mata.
"Saya kesal apabila macam-macam spekulasi timbul sedangkan di pihak kami tiada apa-apa pun yang berlaku," katanya.
Dalam pada itu, Neelofa mengakui kecewa apabila isu percutiannya itu diperbesarkan oleh sesetengah pihak dan turut kesal dituduh sengaja merosakkan mood percutian Fazura dan Fattah.
"Saya sudah menempah tiket, hotel dan lain-lain pada 16 Jun dan tidak tahu-menahu tentang mereka yang juga mempunyai urusan di pulau sama apatah lagi mengganggu percutian tersebut.
"Tentang dakwaan melarikan diri atau menyorok sebagainya, saya tidak mahu komen banyak cuma kalau saya berada di tempat mereka, saya tidak akan menukar penerbangan," ujarnya.
Neelofa berkata demikian ketika diminta mengulas tentang dakwaan menganggu percutian teraju utama drama rantaian Hero Seorang Cinderella ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi satin Naelofar Scarf-MAYA di Hotel Royale Chulan Damansara.
Syafiqah Jalal
Tue Jul 18 2017
Perodua Mendunia! Lelaki Jumpa Pusat Servis Kenderaan Jenama Tempatan Di Nepal
Siapa sangka jenama automotif tempatan, Perodua, berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa apabila pusat servis kenderaan itu ditemui di negara Nepal. Menerusi posting seorang lelaki yang dikenali sebagai Fawaz di Facebook, individu itu berkongsi menemui sebuah pusat servis Perodua yang terletak di Kathmandu, Nepal setelah memulakan pengemba
Tagih Duit Raya Untuk Anak, Rakan Jadi Mangsa Spam Kod QR - “Jagalah Air Muka…”
Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa kecewa apabila ada segelintir individu dewasa dirasakan seperti ‘menagih’ duit raya untuk anak-anak mereka.
Shila Amzah Pilih HUKM Untuk Bersalin - “Ikutkan Saya Nak Ke Hospital Swasta Lain Tapi…”
Semoga dipermudah.
Rakaman Video Banglo Kosong 'Retro' Raih Perhatian Tengku Ampuan Pahang - “Untuk Dijual Ke?”
Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta
Beverly Hills diketahui menjadi pilihan banyak selebriti terkenal Hollywood dan Lisa didakwa membeli mahligai di sebuah kawasan tersorok.
Bengang Dengan Kekasih, Influencer Bunuh Diri Sewaktu Bersiaran Secara Langsung
Seorang influencer muda dari Indonesia, Meli Joker mengejutkan pengikutnya apabila melakukan aksi bunuh diri sewaktu bersiaran langsung di akaun Instagramnya beberapa hari lalu.
Sheriff: Ramai Dah Tak Sabar! Tayangan Awal Bermula Hari Ini, Dapatkan Tiket Sekarang
Sheriff memang power! Best!
5 Iklan Raya Paling Meruntun Hati, Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar!
Saban tahun sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan atau agensi itu sendiri.
Tampil Dengan Imej Berhijab, Lana Nodin Masih Dalam Fasa Percubaan - “Saya Bersama Keluarga Berubah Ke Arah Lebih Baik”
Alhamdulillah...
Sofia Jane Teruja Bawa Watak Zaiton Dalam Filem ‘Mencari Ramlee’ - “Bila Dapat Skrip, Saya Suka Kerana…”
Tak sabar nak tengok!