Meskipun baru hamil 15 minggu, namun 'baby bump' isteri kepada penyanyi Hafiz Suip sudah mula kelihatan.

Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), isterinya Nureffy Jasreel memuat naik foto yang menunjukkan jelas perutnya kini yang semakin membesar.

Foto itu diambil bersama Hafiz yang sedang memeluk isterinya.

Perkongsian itu membuatkan pengikut laman sosial teruja dan mendoakan agar proses kehamilannya berjalan dengan mudah.

Astro Gempak sekali lagi ingin mengucapkan tahniah, semoga anak dalam kandungan sihat dapat dilahirkan dengan selamat tidak lama lagi.

Berikut merupakan foto-foto yang dikongsi: