Anak selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian iaitu North West telah dikecam netizen selepas pakaian yang digayakan tidak sesuai dengan usianya.

Menurut laporan E! Online, North dikritik apabila dia mengenakan korset di luar baju gaun berwarna oren.

Netizen yang melihat gambar itu, mengkritik Kim Kardashian kerana dia tidak tahu menjaga anak.

Mereka berpendapat bahawa pakaian seperti itu sepatutnya digayakan oleh wanita dewasa sahaja.

Tidak tahan dikecam, Kim segera membalas kritikan peminat dengan memuat naik status untuk menjelaskan perkara sebenar.

Menerusi status tersebut, Kim berkata, korset yang digayakan oleh North bukanlah korset yang sebenar dan ia hanyalah hiasan fesyen untuk baju kanak-kanak.

“Baju ini dibeli dengan fesyen sebegini. Itu bukan korset tapi ia hanya kain sebagai hiasan sahaja,” ujarnya.

Sumber: E! Online