Seorang wanita telah dipukul dengan kejam oleh keluarga mertuanya kerana telah melahirkan anak perempuan.

Menerusi sebuah klip video, seorang wanita teruk dipukul oleh dua orang lelaki dengan menggunakan kayu hoki di bahagian depan dan belakang badannya.

Video tersebut tular selepas mangsa yang dikenali sebagai Meena Kashyap, 35 tahun, membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana sering dipukul oleh keluarga suaminya.

Menurut laporan media tempatan, keluarga lelaki itu dikatakan tidak boleh menerima kenyataan apabila Meena telah melahirkan anak perempuan kerana bagi mereka ia merupakan sesuatu yang malang bagi keluarga.

Kejadian itu telah mendapat perhatian daripada pihak polis apabila video mangsa dipukul mula tersebar di media sosial di seluruh negara.

Tindakan pihak polis telah berjaya menahan suami mangsa, Daljit Singh, abang ipar mangsa, Kamaljeet dan rakan mereka yang dikenali sebagai Gaurav dan kes tersebut masih dalam siasatan.

Sumber: Daily Mail