Penyanyi terkenal Britney Spears tidak menghiraukan tali colinya yang terputus ketika membuat persembahan di Las Vegas baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika penyanyi berusia 34 tahun ini menyampaikan lagu berjudul I Love Rock n Roll.

Bagaimanapun, masih mengekalkan sikap profesional, Britney tetap memilih untuk meneruskan persembahan biarpun terpaksa memegang anak bajunya itu.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh peminat di Youtube jelas menunjukkan penari Britney cuba untuk menolong mengikat kembali bahagian yang terputus ke lehernya.

Namun ikatan itu hanya bertanya selama beberapa saat sebelum ia kembali terlucut dan dua orang penari kembali bergegas untuk menolong Britney.

Disebabkan keadaan tersebut, salah seorang penari Britney telah memberikannya sehelai kemeja untuk persembahan seterusnya.

Tindakan pantas penari – penari itu telah mendapat pujian peminat Britney dan mereka berterima kasih kerana peka dengan keadaan penyanyi tersebut.

Olahan: Mya Amri