Peminat pelakon Aaron Aziz meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat lakonan pelakon kesayangan mereka menerusi filem adaptasi novel popular, Kau Yang Satu. Malah setiap kali Aaron memuatnaik sedutan filem itu menerusi akaun Instagram (IG)nya, ruangan komen entri tersebut pasti dipenuhi dengan pujian peminat. Dengan hanya melihat pada sedutan filem itu sahaja sudah cukup membuatkan peminat tidak sabar untuk menonton keberkesanan lakonan aktor yang dilabel sebagai Hero Malaya ini pada 27 Julai nanti. Peminat juga menyatakan mereka mula jatuh hati dengan watak Taufik yang dilakonkan oleh Aaron selepas melihat babak-babak romantik yang dimuatnaik menerusi IGnya. Malah peminat juga sudah mula mewujudkan hashtag #teamtaufik walaupun filem tersebut masih lagi belum ditayangkan. Selain Aaron, filem ini turut dibintangi oleh Izara Aishah, Hisyam Hamid dan Soo Wincci. Filem adaptasi novel karya Nia Azalea juga turut menampilkan Amyra Rosli Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Rosnah Johari dan ramai lagi. Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini. Teks oleh: Mya Amri
Terima Pengiktirafan Orang Luar Industri Hiburan, Ahmad Idham Buktikan Perjuangannya Ada Kebenaran 20 Apr 2018
Filem Keluang Man Tak Jadi, Rizal Halim Mohon Maaf Pada Rakan Artis di Singapura dan Indonesia 20 Apr 2018
“Takkan Saya Nak Buang Dia Tepi Jalan?” - Netizen Sebak Lihat Keikhlasan Eina Azman Layan Pembantu Rumah 106,922
Siti Aafiyah Tak Lekang Senyum! Foto Menarik Sekitar Majlis Maulid Nabi, Akikah & Tahnik Si Comel Pipi Merah 96,050