Bapa kepada pelakon drama popular Descendents of The Sun, Song Joong Ki menafikan dakwaan menentang perkahwinan anaknya.

Menurut bapanya, spekulasi itu tidak benar sebalinya dia begitu gembira sebaik sahaja mengetahui berita tersebut.

"Dengan usianya saya rasa Song Joong Ki sudah layak untuk berkahwin dan bergelar suami.

"Saya juga berasa gembira apabila mendapat tahu mengenai berita pertunangannya sebelum ini.

"Sebagai ibu bapa, sudah pasti mereka mahukan yang terbaik dan kami juga menghormati keputusannya.



"Saya tahu ada khabar angin yang mengatakan saya tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka namun itu semua hanyalah salah faham.

"Sekarang bila anak saya bakal mempunyai keluarga sendiri selepas kahwin, saya harap dia akan bekerja keras untuk menjadi seorang pelakon yang bertanggungjawab terhadap kerjaya dan keluarganya.

"Saya rasa rasa anak saya mampu melakukan kedua-dua perkara itu dengan baik," katanya seperti yang dilapor portal Soompi.

Song Joong Ki dan Song Hye Kyo bakal berkahwin pada 31 Ogos depan.