Kecoh di media sosial rakaman video seorang adik membelasah abangnya secara bertubi-tubi selepas dikatakan menikam emak mereka sendiri.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook, si adik telah menumbuk abangnya dan orang ramai yang berada di sekeliling kawasan tersebut hanya menyaksikan kejadian itu tanpa campur tangan.

Video yang berdurasi selama satu minit 17 saat itu dikatakan berlaku di Pahang dan telah ditonton lebih 9,000 kali serta mendapat 4,000 perkongsian.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada seorang wanita warga emas cedera ditikam anaknya sendiri kerana tidak berpuas hati apabila dirinya dilarang membasuh tikar getah di dalam rumah.

Rata-rata netizen yang menonton video itu mengakui terkejut dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut dan mereka berharap agar abangnya itu akan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatannya itu.

@Ahmad Ahmad: "Di bawah pengaruh dadah seseorang itu tidak boleh berfikir secara waras ahli keluarga sendiri pun sanggup dibunuh asalkan dapat duit beli dadah. Jauhi dadah. Dadah membawa kesengsaraan hidup. Belia benci dadah."

@Qasyah Syah: "Adik mane yang tak sedih pukul abang sendiri. Tapi kalau dah abang perangai macam puaka. Mak sendiri tak anggap mak. Nak tak nak terpaksa la tuntut keadilan. Kite anak lelaki biar menangis dibelakang orang. Tapi depan org kita harus mempertahankan maruah ibu kita. Aku pernah melalui situasi ini. Harap adiknya bertabah."

@Muhammad Faiz: "Ibu paling bernilai dalam dunia kita..aku pun sanggup balun orang kalau mak aku orang usik, ini kan pula adik beradik. Dari sebesar tapak kaki sebesar ibu jari kita mak lingdungi kita tapi bila dah besar melakukan perkara ini pada mak."

@Åimân Syâhir: "Apa-apa pun, sama-sama kita ambil pengajaran. Kita sama-sama adik beradik kena sentiasa beringat, ibu ayah kena letak yg paling utama. Hormati dan sayang mereka, kalau ada buat salah cepat-cepat pergi minta maaf."

@DuanRazak: "Orang macam ini sepatutnya biarkan dia merengkot dalam penjara sahaja. Menyusahkan orang ramai dan keselamatan sekeliling. Anak tidak kenang budi."