Selain membuka akaun Instagram untuk anak-anak, selebriti tempatan masa kini juga suka membuka akaun Instagram untuk haiwan peliharaan mereka.

Miss K yang gigih ni pun rajin follow laman Instagram tersebut. Selain suka melihat perkembangan, keletah dan wajah anak selebriti, Miss K juga suka melihat foto-foto terbaru haiwan peliharaan mereka yang comel-comel belaka.

Tapi, apa yang membuat Miss K hairan, ada sebuah akaun Instagram seekor kucing milik selebriti ni suka sangat like gambar-gambar lelaki sado.

Aik? Kenapa like foto-foto abang hot dan sado ek? Taste ke? Miss K rasa pelik sekejap. Walhal, selebriti pemilik kucing itu merupakan seorang lelaki.

Takkan selebriti lelaki tu yang like gambar lelaki hot dan abang sado? Aik, tak straight ke? Mustahil pula kalau kucing tu yang like sendiri gambar-gambar tersebut?

Miss K ambil pendekatan mudah, Miss K nak bersangka baik sahaja. Tak mungkin kucing tu yang like, jadi mesti tuan punya kucing yang like. Mungkin tuan punya kucing like gambar-gambar lelaki sado untuk dijadikan inspirasi bagi menjaga penampilan dan bentuk badan, siapa tahu kan?

Miss K: Semakin jatuh cinta dengan lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha dalam Mencintaimu Mr. Photographer yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

*Ada gossip atau berita panas yang hendak dikongsi? Hantar kepada [email protected]*