Wahhhhh...Gembira bila mendapat khabar tentang bekas juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid yang bakal melangsungkan pertunangannya dengan seorang pramugari tahun hadapan.

Teman Miss K yang menyampaikan berita ini sangat rapat dengan bakal tunang Sufi kerana mereka bekerja di syarikat penerbangan yang sama.

Syarikat penerbangan mana, biarlah rahsia! Oops!

Kata teman Miss K yang selesa dipanggil Ariana ini, Sufi memilih tarikh tersebut kerana mahu pertunangannya menjadi hadiah paling istimewa di hari ulangtahunnya yang ke-27.

Alhamdulillah, jika benar berita yang disampaikan ini...Miss K tumpang gembira kerana sebagai seorang peminat tegar Sufi, Miss K memang teringin benar nak lihat dia naik pelamin.

Lagipun benda baik buat apa nak disorok-sorok. Untung-untung ramai-ramai doakan kebahagiaan Sufi dan kekasihnya yang dikenali sebagai Nura Aen itu.

Kata Ariana lagi, Nura Aen pun memang sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan membawa hubunganya dengan Sufi ke peringkat lebih serius.

"Dikalangan kawan-kawan, hubungan Nura Aen dengan Sufi bukan lagi rahsia. Nura Aen pun selalu muat naik fotonya bersama Sufi di Instagram dan Facebook.

"Kami kawan-kawan ni pun dah tak sabar nak tengok Nura Aen dan Sufi ke jinjang pelamin Miss K oi," kata Ariana teruja.

Waaa...sweetnya...Miss K harap, apa yang dirancang Sufi dan Nura Aen berjalan lancar dan dipermudahkan.

Miss K: Gembira bila dapat tahu sabahat Miss K sudah berkahwin dengan jejaka luar negara. Eh! teringat telemovie raya ‘Cinta Bae Kicap’.

Ada berita hangat tentang selebriti yang ingin anda kongsikan bersama Miss K? Hantarkan emel kepada [email protected].