Siapa sangka gadis yang memiliki rupa paras dan ketinggian setaraf model antarabangsa ini berdepan detik kelam ketika zaman kanak-kanak.

Daripada badan gempal, Joanna Joseph, 20, mengalami transformasi luar biasa ketika menginjak usia belasan tahun.

Selain dinobatkan sebagai Miss Selangor Earth 2016, Joanna yang sedang melanjutkan pengajian di Management Science University (MSU) merupakan finalis Miss Malaysia Earth tahun sama.

"Saya pernah dibuli setiap hari oleh kawan-kawan sendiri kerana berat badan berlebihan dan kelihatan hodoh di mata mereka.

"Saudara-mara juga buat hidup saya sengsara.

"Kemudian saya sedar saya perlu berubah kerana jika tidak saya akan sengsara seumur hidup," ceritanya bagaimana titik mula transformasi hidupnya.

Baru-baru ini, beberapa keping gambar transformasi Joanna tular di media sosial. Jom layan!









Teks oleh: Amri Hassan