Pencarian pelakon tambahan untuk filem terbaru Polis Evo 2 lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak masih lagi diteruskan.

Uji bakat ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba nasib dan menunjukkan bakat lakonan mereka selain menjadi sebahagian keluarga Polis Evo 2.

Uji bakat yang berlangsung di Kompleks Belia & Sukan di Kuantan, Pahang telah pun bermula hari ini dan akan berakhir pada 10 Julai 2017.



Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menjadi pelakon tambahan filem yang telah mendapat kutipan box office sebanyak RM17.47 juta pada tahun 2015 ini.

Siapa tahu, mungkin anda merupakan salah seorang pelakon tambahan yang bakal bergandingan dengan Sam dan Zizan untuk filem aksi terbesar di Malaysia itu kan?

Berikut merupakan informasi mengenai uji bakat tersebut.

- Kriteria yang dicari adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak(enam tahun) ke atas dari semua peringkat umur dan bangsa.

- Peserta yang mempunyai bakat lakonan amatlah dialu-alukan.

- Uji bakat bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.