Pelakon Rozita Che Wan meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat aktres Elfira Loy berkahwin.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mendedahkan perkara tersebut menerusi ruangan komen entri terbaru Elfira di Instagramnya.

Elfira kemudiannya membalas usikan Che Ta dan memberitahu belum mempunyai perancangan mengenai perkara tersebut.



Dalam pada itu, pengikut Instagram Elfira juga tidak ketinggalan membalas komen Che Ta dengan komen-komen lucu.