Sebuah video seorang lelaki dibakar hidup-hidup kerana didakwa mencuri tular di laman sosial sejak dua hari lalu.

Menerusi laman Facebook Metafora Anafora, admin telah memuat naik video memaparkan seorang lelaki telah ditangkap oleh orang ramai kerana mencuri dan dipukul sebelum dibakar hidup-hidup.

Rata-rata netizen yang menonton video itu melahirkan rasa kesal dan marah dengan tindakan orang ramai terhadap pencuri itu.

@Roti Marjerin: "Apa-apa sahaja benda yang bernyawa haram untuk dibakar. Yang layak membakar hanya Allah S.W.T. Sedangkan bakar semut pun dilarang, ini kan lagi membakar manusia.Nauzubillah."

@Zsnul Leen: "Tak ada otak nak bakar orang sesuka hati, sebab itulah Allah bezakan manusia dengan binatang, akal dan fikiran. Setakat ada otak tetapi tidak ada akal. Undang-unang setiap negarakan ada. Bawalah ke saluran yang betul."

@Suci Ramadhani: Dimanalah hati nurani dan perikemanusiaan. Macam tak ada otak nak berfikir, kalau ya pun dia bersalah bawalah ke balai polis je. Tak payahlah nak pndai-pandai menghukum sendri."

@Md Haris Albert Sunang: "Cukup zalim seperti Yahudi mereka memperlakukan orang sedemikian. Apa sangat harta benda dia curi itu kamu sanggup membakar dia seprti haiwan? Tunggulah kamu bila Allah membalas segala perbuatan kamu nanti."

@Shazmi Yani: "Apa jenis hukumlah yang mereka guna? Kejam gila kalau nak buat tu agak-agaklah jangan sampai nak bakar si pesalah tu hidup-hidup. Bawak je ke balai polis biar mereka je yang jalankan hukumam terhadap si pesalah ini. Moga Allah turunkan bala pada si penghukum ini semua."

@Epin Anuar: "Walau jahat macamana pun orang ini, paling teruk hudud jelah. Allah SWT kan dah tunjukkan cara bagaimana nak menghukum, tapi tetap juga manusia angkuh nak guna cara sendiri."


Difahamkan video itu dikatakan berlaku di daerah Pamekasan, Madura, Indonesia dan dan kebanyakkan netizen berharap agar hukumN setimpal dikenakan kepada individu yang membakar pencuri tersebut.