Isteri kepada pelakon Korea, Uhm Tae Woong dilaporkan mengalami keguguran selepas mengetahui tentang dakwaan suaminya melakukan serangan seksual.

Menurut sumber terdekat, isterinya, Yoon Hye Jin telah mengambil keputusan untuk bercuti buat sementara waktu untuk mengubati kesedihannya.

“Yoon Hye Jin telah mengalami keguguran kira-kira tiga minggu lalu dan kini dia sedang bersedih kerana kehilangan anak keduanya.

“Disebabkan perkara yang berlaku, Yoon Hye Jin mengambil keputusan untuk bercuti dan berusaha untuk menenangkan fikirannya.

“Saya juga tidak dapat membayangkan dan meluahkan rasa simpati ke atas nasib yang menimpa dirinya,” katanya seperti yang dilapor TV Report.

Sementara itu, agensi suaminya turut memberitahu isterinya terkejut apabila mengetahui mengenai berita tersebut pada Ogos lalu.

Selepas daripada kejadian itu, Yoon Hye Jin yang sedang mengandung pada ketika itu menjadi semakin kurang sihat.

Dalam pada itu, netizen juga mula membuat spekulasi mengatakan berita buruk tersebut merupakan faktor utama yang menyebabkan isterinya keguguran kerana berada keadaan tertekan.

Dalam perkembangan terkini, Uhm Tae Woong terlepas daripada tuduhan melakukan serangan seksual selepas dakwaan terhadapnya digugurkan.

Terdahulu, Uhm Tae Woong telah didakwa melakukan serangan seksual pada Ogos lalu.

Olahan: Mya Amri

Sumber: Koreaboo / TV Report