Personaliti media sosial, Ucop atau nama sebenarnya Yusof Hashim 23, meluahkan rasa sedih apabila akaun Instagram (IG)nya digodam.

Menerusi luahan hatinya di IG, Ucop tidak menyangka dirinya turut menjadi mangsa individu yang tidak bertanggungjawab.

Akibat itu, Ucop hilang semua pengikut dan video yang telah dimuatnaik sebelum ini termasuk reviu produk.

Bagaimanapun Ucop menganggap penggodam yang melakukan perbuatan tersebut tidak berpuas hati dengan perniagaan reviu produk dilakukannya.

Berikut luahan hati Ucop yang telah dimuatnaik di IGnya:

Kepada teman-teman dan kepada semua #ucopians dengan ini saya mengumumkan kewujudan saya ke laman sosial Instagram.

Kepada mereka yang tertanya tanya apa yang telah berlaku beberapa hari ini Instagram saya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan cuba untuk mengambil kesempatan untuk menjual IG saya.

Alhamdulillah dengan atas kerjasama dan usaha pihak Facebook Malaysia saya dapat kembali retrieved Instagram saya.

Saya minta maaf kepada semua atas video video bangang yang dipost oleh hacker serta men-delete hampir kesemua video termasuk endorsement Review Kak Rem.

Saya sedih dan kasihan dengan kewujudan para hacker yang menggodam aset dan privacy orang lain, banyak kerja halal dekat dunia ni yang boleh kita buat, tapi jangan lah sekali mencuri, merompak, samun sebab itu bukanlah idea yang bernas.

Saya faham ada antara korang yang sedih sebab video video favourite korang banyak hilang, tapi bermaksud saya stop buat video, selagi ada kudrat ada sokongan dari korang saya takkan stop buat video.

Atas nasihat korang juga untuk jangan peduli apa orang cakap. Saya percaya motif hack ini bukan sebab dengki tapi atas sebab business.

Janganlah berdengki member member sekalian kita kene akur yang dunia ni warna warni sifat dia terimalah each other.

Kalau tak suka pun diam sajalah selagi dia tak usik kita. simple! Saya bersyukur juga atas ujian yang diberi Tuhan bagi saya nikmat rindu dalam membuat benda yang saya suka dan berhubung dengan korang semua feeling dia sangat tak best.

Saya harap dengan kehadiran saya dalam Instagram ini balik saya dapat berkongsi cerita, idea macam sebelum ini kat korang semua.

Minta maaf dengan gambar vogue saya. Gambar ni khas untuk semua peminat Thilagesh! I love you guys! #ucopians #ucopbuathallagi #kakremminahreview.

Teks Oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir