Bakal melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan, pelakon Ummi Nazeera sudah mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya sejak lima hari lalu.

Ummi menerusi laman Instagram (IG) telah mendedahkan rekaan bentuk kad perkahwinannya.

Foto tersebut menunjukkan sebuah kad berwarna hitam putih dengan rekaan eksklusif yang memaparkan gambar pertunangan aktres itu bersama bakal suaminya, Mr.I tahun lalu.

Menerusi entri tersebut, Ummi juga memohon peminat mendoakan supaya majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar.

“Bismillah. Secara rasminya saya akan menghantar kad undangan perkahwinan hari ini. Semoga semua selamat. Tolong doakan, #MrImissesU,“ tulisnya.

Dalam pada itu, Ummi Nazeera dipuji peminat selepas kad undangan perkahwinannya didedahkan.

Rata-ratanya memberikan komen positif terhadap rekaan kad tersebut yang dianggap ‘simple’ tetapi cantik.

Tidak kurang juga ada yang memuji Ummi kerana bersederhana dan kreatif memilih rekaan kad perkahwinan selain mendoakan majlis perkahwinan pasangan itu berjalan dengan lancar.

@eddren_jnfc415: Macam story book je kad tu. Congratulations dan selamat hari raya @umminazeera.

@acujaza1: Tahniah! Cantik kad. Semoga semuanya berjalan lancar.

@hafizah_cabeyo: Wow! Cantik sangat! What a beautiful card! #lotsoflove.

@wannajwa94: Cantiknya kad tu.. #GengMeroyanPSSNR semoga segala urusan di permudahkan dan berjalan dengan lancar @umminazeera ?


Ummi dan Dr. Mohd Izzar Anwari bakal disatukan pada 3 Ogos depan dalam sebuah majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Pasangan ini telah melangsungkan pertunangan dengan Mr. I pada 11 Disember 2016 dalam sebuah majlis tertutup di kediaman keluarganya.

Bismillah .. Officially giving out the invitation cards today . Semoga semua Selamat ? Doakan pls... ? #MrImissesU

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

#MrImissesU wedding cards! ????will be delivered to youuuu soon in shaa Allah ? Oh My oh My! ?40 days to go and counting ! Ameen ameen . Semoga dipermudahkan ??❤️

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

☺️Finalise wedding cards ! About 60 days or so to go . #mrImissesU ?

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Teks oleh: Mya Amri