Pelakon Syafie Naswip mengakui pernah dihalau balik ketika berkunjung ke rumah teman-teman lamanya.
Menurut Syafie, dia akan manfaatkan kesempatan di hari raya ini untuk menziarahi kawan-kawan lamanya sehingga terlupa untuk pulang ke rumah sendiri.
"Saya memang bukan jenis yang akan duduk rumah saja ketika hari raya. Saya akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan-rakan.
"Saya akan cari kawan-kawan lama saya untuk beraya bersama dan kalau duduk di satu-satu rumah tu memang lama, kadang-kadang sampai tuan rumah tertanya-tanya bila nak balik?
"Pernah juga satu masa dulu saya kena halau balik dengan tuan rumah kerana mereka ingin keluar beraya ke rumah saudara yang lain tetapi saya masih ada di situ.
"Mungkin kerana teruja dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama, membuatkan saya leka bersembang dan terlupa untuk pulang," katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Syafie, tahun ini dia tidak pulang beraya di kampung halamanya di Pulau Pinang dan hanya menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Kuala Lumpur.
"Kali terakhir kami sekeluarga pulang raya di kampung tahun 2014 dan tahun ini sambutan hanya dilakukan di sini saja," ujarnya.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Rozaimi Zubaidi
Fri Jun 30 2017
Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi
Harvey Moeis ditahan atas dakwaan menerima rasuah dengan nilai mencecah trilion rupiah dalam urusan perniagaan terkait perlombongan biji timah yang merugikan negara.
“Saya Tak Benarkan Diana Buat Bariatrik” - Farid Kamil
Farid percaya kurus secara semulajadi.
Anggap Wajah Asyik Jadi Duta Produk Sebagai Rezeki, Dato Fazley Tampil Dengan Koleksi Wangian Bau Pastri!
Hasil kerjasama dengan syarikat bumiputera tempatan ENKÉ Malaysia, cef selebriti Dato Fazley Yaakob telah memperkenalkan koleksi wangian terbaharu, Pâtissier Pure Parfum, yang dillhamkan dari kemahiran dan seni 'pâtissiers'
Uniknya Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo! Ada Sampul Duit Raya & Filter AR Kad Raya
Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.
Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.