Penyanyi Lady Gaga menjelaskan dia mempunyai ratusan koleksi simpanan pakaian penyanyi pop Michael Jackson.

Liputan6.com melaporkan menerusi sebuah wawancara di Carpool Karaoke, Gaga mengakui mempunyai minat untuk menyimpan koleksi pakaian Michael Jackson.

"Saya kini memiliki sebanyak 400 pasang koleksi pakaian Michael.

"Saya juga ada menyimpan jaket Thriller, sarung tangan dan banyak lagi kostum miliknya,” kata Gaga.

Gaga berkata demikian ketika ditanya mengenai kebenaran dia telah membeli berapa banyak koleksi pakaian penyanyi pop itu.

Tambah Gaga, dia telah membeli pakaian itu menerusi sebuah lelongan yang diadakan suatu ketika dulu.

Dia juga menjelaskan bahawa koleksi yang dimilikinya itu disimpan di ruang yang mempunyai suhu bersesuaian dan ada beberapa koleksi ianya di awetkan.

Olahan: Rozaimi Zubaidi

Sumber: