Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sentiasa mengikut trend semasa golongan belia agar dapat berjalan seiring dengan mereka.

Terkini, gambar OOTD (Outfit Of The Day) KJ ketika pagi Syawal menjadi bualan ramai apabila cuba bergaya seperti kelaziman remaja lakukan apabila bergambar ketika hari raya.

Tulisnya dalam dua InstaStory miliknya; "Ramai upload gambar berdiri tengah jalan, so apa lagi?" dan "Ramai upload gambar OOTD tak pandang kamera, so apa lagi."

Sempena sambutan Aidilfitri tahun ini, KJ dan keluarga sedondon memilih warna biru lembut sebagai warna tema.

Selamat Hari Raya from the Jamaluddins!

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on



Teks oleh: Amri Hassan