Drama bersiri Hero Seorang Cinderella tetap menjadi 'trending topic' di laman sosial Twitter biarpun ramai penonton sedang sibuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai penonton berinteraksi mengenai drama bersiri dengan menggunakan hashtag #HeroSeorangCinderella.

Walaupun semua sedang diserang 'mood' Raya, ramai penonton masih setia menantikan drama bersiri ini disiarkan pada jam 10.00 malam.

Rata-rata penonton tidak sabar menantikan kesudahan drama bersiri yang sudah memasuki minggu terakhir ini.

Jangan lupa saksikan episod terakhir drama bersiri lakonan Fattah Amin, Nur Fazura, Uqasha Senrose, Datin Seri Zizie Izette dan ramai lagi pada malam ini, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).