Sempena kedatangan Syawal, selebriti kecergasan terkenal, Kevin Zahri berkongsi tips dan panduan untuk mereka yang mahu tampil lebih 'kurus' dalam gambar walaupun belum kurus.

Menariknya, teknik tersebut sangat mudah untuk diikuti dan boleh dilakukan tanpa sebarang aplikasi menguruskan badan atau pun 'filter'.

Kevin berkongsi perkara tersebut menerusi video berdurasi lebih dua minit yang telah dimuat naik di laman Facebook miliknya.

"Dalam sehari dua ini ramai akan bergambar dengan baju-baju yang cantik. Sudah semestinya you wanna look your best.

"Malangnya photos always make one look bigger dari sebenar dan mungkin some of you belum capai berat badan yang diharapkan.

"Jadi sebab saya memang minat fotografi, saya ingin kongsi beberapa tip mudah yang anda boleh amalkan untuk nampak lebih kurus dalam gambar walaupun belum kurus.

"Note: of course its NOT about looking “kurus kering” dan “kurus” perhaps bukan lah istilah yang sesuai (mungkin langsing / fit lebih sesuai) tapi saya rasa you get the point.

"Again selamat hari raya kepada semua dan selamat bergambar yang nampak #lebihkuruswalaupunbelumkurus,
" tulis Kevin.

Setakat ini, video menarik tersebut mendapat hampir 6,600 perkongsian dan 238,000 tontonan.

Teks oleh: Kamaruddin Razal