Penyanyi Akim Ahmad dan Stacy serta anaknya telah selamat sampai ke kampung halamannya di Johor Bahru, Johor untuk menyambut Syawal semalam.

Akim berkata dia bersyukur perjalanannya pulang ke kampungnya berjalan lancar, malah anaknya, Eshaal juga tidak banyak kerenah sepanjang perjalanan.

"Alhamdulilah perjalanan kami dipermudahkan, selepas subuh kami sudah bertolak dan sampai dengan selamat pagi tadi (semalam).

"Ini pertama kali saya bawa Eshaal pulang ke kampung saya dan tidak sangka sepanjang perjalanan dia tidak banyak kerenah dan berada dalam keadaan baik walaupun perjalanan kali ini agak jauh.

"Raya kali ini memang amat bermakna buat saya kerana dapat menyambut bersama ahli baru keluarga kami.

"Kami akan berada di Johor dan bercuti disini lebih kurang seminggu bersama keluarga saya," katanya kepada Astro Gempak.

Akim ditemui di lokasi terakhir Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda, Johor Bahru, Johor pada Khamis.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.


Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™ menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!

Teks oleh: Syafiqah Jalal