Pasangan serasi dalam skrin yang dikenali dengan panggilan #FattZura, Fattah Amin dan Nur Fazura sedih kerana terpaksa meninggalkan set penggambaran drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Penggambaran drama bersiri yang menjadi bualan ramai itu baru sahaja selesai dua hari lalu.

"Alhamdulillah, tamat sudah penggambaran drama bersiri ini. Membintangi sebuah drama bersiri menuntut masa yang lama jadi saya lega kerana semua tugas sudah selesai.

"Terbit juga rasa sedih kerana kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada semua pelakon dan tenaga produksi kerana sudah lama bersama.

"Seronok bekerjasama dengan kru produksi drama bersiri Hero Seorang Cinderella kerana hubungan yang dibina bagaikan sebuah keluarga," kata Fazura.

Tambah Fattah, mereka turut menerima banyak tawaran untuk bergandingan sekali lagi sebagai teraju utama namun semuanya belum mencapai kata putus lagi.

"Tawaran memang banyak untuk menggandingkan saya dan Fazura. Ada tawaran filem, ada juga tawaran untuk membintangi drama bersiri.

"Mungkin kerana ramai percaya wujudnya keserasian antara kami. Namun begitu, semunya masih di peringkat awal kerana selepas tamatnya Hero Seorang Cinderella, masing-masing sudah mula sibuk dengan rancangan kerjaya sendiri.

"Insya-Allah jika ada rezeki dan diizinkan Tuhan, pastinya kami akan kembali menemui peminat yang selama ini tidak pernah penat menyokong," kata Fattah ketika ditemui di majlis tayangan eksklusif Hero Seorang Cinderella di GSC Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Acara yang dihadiri oleh hampir 200 orang hadirin bertuah itu bertujuan untuk menghargai peminat yang selama ini menyokong drama bersiri Hero Seorang Cinderella.

Selain berpeluang untuk bertemu dengan Fattah dan Fazura, majlis yang berlangsung dengan meriah ini turut dihadiri oleh pelakon baru yang memegang watak Luke, Iswan Ismail.

Jangan lupa saksikan Hero Seorang Cinderella setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Gunakan hashtag #HeroSeorangCinderella untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram @astrogempak & @iqstudio.my

#GempakLive : Apa yang diorang bincang agaknye?pasal nak makan kat mana kot. Majlis Tayangan Eksklusif Hero Seorang Cinderella Bersama Fattah Amin dan Fazura. #heroseorangcinderella #gsc

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Peminat-peminat #FattZura kat belakang tu semua tak sabar nak tengok tayangan eksklusif drama #HeroSeorangCinderella

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Diorang dah bersedia untuk Majlis Tayangan Eksklusif #heroseorangcinderella ..Korang yang kat rumah pun kena ready juga #heroseorangcinderella #gsccinema

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Ramainya peminat-peminat #FattZura yang datang malam ni nak tengok Drama #HeroSeorangCinderella bersama @fattahaminz @missfazura .. Bukan selalu tau dapat peluang macam ni..

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Seronok dapat dengar Ian dengan Medina nyanyi live Majlis Tayangan Eksklusif Hero Seorang Cinderella #heroseorangcinderella #fattzura #gsccinema

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Tekunnya diorang dengar kata-kata seorang hero cinderella. #HeroSeorangCinderella #FattZura

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Sweet la peminat #fattzura nyanyi kat dorang.Terima kasih kepada semua yang hadir. #heroseorangcinderella #gsccinemas

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

#GempakLive : Terima kasih dari fan #HeroSeorangCinderella .. Terima kasih juga dari kami kepada semua yang hadir malam ni.. Fun dan havoc sungguh..Korang nak tengok full episod boleh tengok di www.kosongkosong.com.my #FattZura #gsccinemas

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on