Tidak meriah Syawal tanpa seleksi rancangan menarik dari Astro.

Hero Seorang Cinderella, Suri Hati Mr Pilot Raya, Abang Bomba I Love You Raya dan Dia Semanis Honey Raya antara drama raya khas yang anda boleh tonton di saluran Raya HD (122).

Saluran Raya HD itu sudah boleh ditonton sejak dilancarkan pada 24 Jun lalu hingga penghujung Syawal secara percuma.

Malah, drama hebat lakonan Fattah Amin dan Fazura itu boleh dimuat turun dan disimpan untuk ditonton pada bila-bila masa di aplikasi Njoi Now.

Jadi, anda tidak perlu khuatir untuk pulang ke kampung halaman dan tidak terlepas peluang menonton rancangan kegemaran anda secara langsung.

Pengguna juga boleh menikmati rancangan khas raya lain di Njoi Now seperti Dia Semanis Honey Muzikal, Romantika Raya, Gegar Vaganza; Kirim Salam Raya, Duo Star Raya, Maharaja Lawak Mega Raya 2017, Konsert Komedi Raya 2017 dan Nadi Arena Raya di saluran Raya HD.

Usai sambutan Syawal, pelanggan juga boleh menonton program-program secara langsung di beberapa saluran lain seperti Astro Awani Astro Tutor TV, Astro Oasis, Astro Prima, Astro Maya, Astro AEC dan Astro Vaanavil.

Buat individu yang mahukan akses kepada lebih variasi untuk kandungan premium, NJOI Now menawarkan pilihan prabayar untuk akses segera ke saluran dan kandungan tambahan, termasuklah Astro WARNA, Astro RIA, Astro Wah Lai Toi, Hua Hee Dai, filem terkini di Astro First dan Astro Best, dan pelbagai lagi daripada bahagian on demand.

Muat turun aplikasi NJOI Now di Google Play Store dan Apple Store di tablet, telefon pintar atau strim secara langsung di njoinow.com.



Teks oleh: Amri Hassan